p!xCas aKuwH

p!xCas aKuwH

Wednesday, February 2, 2011

ntah , !

taon baru dah lme berlalu ! aq bru nk psot entry bru ! hahaha ..
dah lme kowt x update , ! seyes dah lme ! dah bersawang2 blog aq nieyh !
hehehe ..  pape ,, appy chinese new year ! hehehe ..
nk tlis pe agie ? ntah lha .. esok nk gie ngan syg2 ku , gie emy nyer bufday party !
syg ku ! nisah , manje , teyha n leeyaa !! hehehe ..
oke3 .. xde idea siot ! berdenyut ! hehehe ..
tata~! good night !

Wednesday, December 15, 2010

ayat jiwang ......

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

ku syairkan segala tentangmu , ku indahi bulan diwajah tersiratmu , ku halusi setiap sentuhan batinmu dan ku rasai hatimu maka hadirlah disetiap lelapku ... syurgailah waktu hari2ku , warnailah zahirku dengan setiamu agar ku tahu nikmatnya memiliki mu disaat aku melukis bicara dikala waktu mengundang asmara rebahkan hasrat menanti senja apa lagi makna sejuta kata2 ... ku tulis setia di tembok penjara melukis kata disisik mutiara alunan tasik merdu bersuara ingat ku kata engkaulah setiaku luluhkan jiwa diranting kecewa. mengharap pasti akarnya cinta sampaikanlah emosi sang terluka harap tercapai andai aku dah tiada..renungan malam menunggu bintang seruan waktu teruskan bersabar apakan daya hati dah setia ku simpulnya mati akhir terlerai......

tanpa ksh syg dr mu..aku xmampu bertahan di dunia nie...andai nya kau pergi dulu dr ku..aku rasa kn dunia nie ibarat malam yg gelap tnpa sinaran cahaya bulan dan bintang...tp...seandainya aku pergi dulu sebelom mu..ingat lah bahawa aku pernah berkata"aku akui kau bkn yg pertama..tp aku berjanji kau lah cinta ku yg terakhir..."pegang lah jnji ku itu...dan pasti nya kau xkn bersedih dgn pemergian aku...percaya lah syg..stiap perbuatan,percakapan,aku xpnh lupakan diri mu....hanya kau yg layak bertahta di hati ini....di kau lah syg ku....

andai kamu prgie mninggl kn ak... aty ak akn brsa sgt kcwa dn hncur hrapan mncntai mu hgga akhir hayt..... klau mu pergie dri idup x de tmpt ku mngadu.... x de tmpt ku nk brmnja.... x de tmpt ak brkngsi mslh..... ak mncntai mu hgga akhir hayat.... ku mndoa kn hbgn kte kkl slma2nya..... ku mnghrap kn kmu x mnggl kn ku sndri.....

maafkan aku yg tlah menyakitimu. . . maafkan aku yg tlah kecewakan. . . aku berharap smoga kau menemui org yg mncntaimu dgn tulus tnpa mnyakitimu. . . mengertilah ksih ku. . . kan ku doakan yg terbaik tuk dri mu. . .

kasih sayang dan kemesraan sentiasa tersemat di dalam sanubari seorang wanita yang merupakan fitrah kurniaan Allah s.w.t…. Namun keistimewaan itu tidak cukup untuk menjadikannya wanita solehah jika tidak dihiasi dengan ajaran yang mulia.. Hanya ynag telah melengkapi diri dengan budi pekerti luhur dan keimanan ynag murni akan kekal mekar sebagai bunga idaman yang menghiasi taman syurga Firdausi.. Wanita solehah akan menghiasi kehidupannya dengan fitrah kebenaran,jika dia seorang anak maka ia akan menjadi anak yang solehah.

Jika dia seorng istri ia akan taat dan patuh terhadap suami.. Jika dia seorang ibu,akan dicurah kan kasih syangnya untuk anak-anak.. Begitu juga hamba Allah s.w.t,dia akan sentisa tunduk dan menyerahkan diri kepada-Nya. Selanjutnya wanita solehah mampu menghargi dirinya sendiri dan mampu pula menjalinkan hubungan silaturrahim sesama insan iaitu kaum adam(lelaki)

Tahukah kau ….sayang ku?Masa berlalu begitu perlahan tanpa diri mu..Diri ku jadi tidak menentu…!
Aku rindu ingin bersama mu Aku rindu ingin menyentuh mu
Aku rindu senyuman mu..Aku rindu belai manja mu Aku rindu nada suara mu Aku rindu sentuhan mu Aku rindu belaian kasih mu…Arrrggghhhhhh…!Aku dilamun rindu…!
Ingin ku nyayikan lagu rinduIngin ku luahkan rasa hati kuHanya pada mu
Kerana aku rindu ,Terlalu rindu…Aku cinta pada mu!
kamu menelefon si dia lebih dari si dia menelefon kamu
Segala perancangan untuk keluar semuanya kamu yang aturkan, tidak pernah sekalipun dia cuba mengajak kamu keluar. Bukan itu sahaja, si dia juga tidak pernah membayar apa-apa sepanjang kamu keluar bersama. hanya kamu sahaja yang keluarkan wang
Kamu sahaja yang sering memberikan si dia hadiah sedangkan si dia langsung tidak teringat untuk memberikan hadiah biarpun pada hari jadimu
apa sahaja yang di mintanya, kamu pasti akan sedaya upaya mengadakannya biarpun sesetengah daripada permintaannya itu di luar keupayaan kamu, namun demi cinta, kamu sanggup menebalkan muka meminjam wang dari teman-teman untuk mendapatkan apa yang diinginkannya
Setiap kali membawanya keluar, kamu sentiasa memastikan kamu membawannya ke tempat-tempat yang mahal dan mewah. tujuan kamu berbuat demikian kerana mahu dia sentiasa gembira dan seronok keluar bersama kamu. walaupun pada hakikatnya kamu bukanlah terlalu kaya untuk berbuat demikian
Begitu memanjakan si dia, biarpun sudah pasti si dia melakukan kesalahan dan cuba curang pada kamu, tetapi kami hanya bersikap tidak nampak kerana tidak mahu hubungan kamu dan dia terjejas.
Kamu akan cepat merasakan diri tertipu dan marah andai suatu hari nanti si dia gagal memberi apa yang selalu diberikannnya pada kamu atau apa yang diberikannya telah berkurangan. misalnnya di awal percintaan, sia dia setiap hari akan menghadiahkan kamu sekuntum bunga dan sekeping kad. tetapi lama kelamaan hanya sekuntum bunga sahaja di hadiahkan untuk kamu tanpa kad. kemudian semakin lama. sia dia langsung tidak memberi apa-apa. kamu pasti akan cepat merasa sedih dan menganggap si dia tidak lagi menyayangimu. Akhirnya hubungan kamu dan dia ibarat retak menanti belah hanya kerana hal yang kecil
oleh kerana kamu merasakan telah memberi terlalu banyak, wujud perasaan terdesak dalam diri akibat terlalu ingin melihat hasil atas apa yang telah kamu beri dan lakukan. Misalnya kamu sanggup berkorban semua dari gaji kamu untuk membeli hadiah untuknya. kamu terlalu berharap si dia menghargai apa yang telah kamu buat untuknya dan akan melakukan sesuatu yang lebih baik dari itu untuk kamu. namun ia berlaku sebaliknya, kamu pasti akan rasa sedih dan tersinggung. Seterusnya hubungan kamu pasti tidak mampu bertahan lagi
Kamu tidak mengendahkan diri sendiri kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pasangan kamu. pakaian kamu tidak pernah bertukar sedangkan untuk pasangan kamu setiap minggu kamu mengajaknnya keluar membeli belah. Bukan itu sahaja, kamu sendiri hanya mampu belajar sampai tahap diploma tetapi demi si dia kamu sanggup habiskan membiayai pelajarannya sampai ke peringkat tertinggi. Akhirnnya pekerjaan, pelajaran atau apa sahaja yang kamu lakukan akan terjejas dan kesannya akan berbalik kpd perhubungan kamu. tidak mungkin si dia mahu terus bersama kamu andainya dia merasakan kamu terlalu banyak kekurangan dari dirinya
Keceriaan dalam hidup kamu makin hari makin hilang. kamu hanya akan gembira apabila dapat membuatkan si dia gembira. mungkin kamu sedar yang kamu sebenarnya hanya dipermainkan, diperbodohkan dan di ambik kesempatan namun kamu tidak mempedulikan semua itu dan terus berusaha untuk mendapatkan si dia hanya atas nama cinta. Pun begitu lagi jauh kamu mengejarnnya, si dia semakin tidak mengendahkan kamu kerana si dia tahu apa pun yang si dia lakukan pada kamu ia tidak akan sedikitpun melunturkan cinta kamu padanya
lama kelamaan si dia hanya akan bersama kamu apabila si dia memerlukan pertolongan kamu sahaja. Sekiranya tidak, sia dia akan mula menjauhkan diri kamu dan memberi pembagai alasan apabila kamu ingin bertemu. Manakala kamu pula semakin kerap membuat, memberi dan melakukan segalanya untuk si dia bagi memastikan si dia kekal bersama kamu. namun tindakan kamu itu ternyta sia sia. Si dia tidak pernah menghargai apa yang kamu lakukan.Tindakan sebaiknya.............................................

Adakala kita perlu menangis supaya kita sedar bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa...Adakala kita perlu ketawa supaya kita dapat menilai betapa mahalnya setitis air mata...dan adakala kita perlu menghargai apa yang kita ada...kerana selepas kehilangannya baru kita menyedari bahawa, berharganya dia untuk kita...


Tuesday, December 14, 2010

langkah pertama

well , hello ..! ahhaha.. first time de blog ! dah mju siot ,, hehehe .. bese ! kte mlake dah mju , 2010 ! huahua .. eh , dh nk sekolah lah ,, best nyer ! tpi npe aq xcited eak ??? sbb aq rindu gler kat kwn2 ark ! gler22 babeng .. hahahah.. rindu kat ostell. huhu . dah fed up dox umah .. spatot nye , rumah ku syurga ku ... ni x ,, rse bosan gler dox kat umh ,, x gie ane2 un .. bpk aq asyek kje erk .. dye ckp mybe nk gie penang .. bler lha uh ??? huhuhu .. sabo je lha ... k lha .. mlas nk tlis pnjang2 .. esok2 aq berlter agie oke ..hahaha.. tata !! ;)